Posts

Showing posts from November, 2023

SAYYIDUL ISTIGHFAR

Image
Rasulullah SAW sangat menganjurkan umatnya membaca Sayyidul Istighfar ini. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan An-Nasa’i, Rasul SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca bacaan istighfar ini di siang hari dengan yakin, kemudian Ia meninggal di hari itu, maka Ia termasuk ke dalam orang-orang penghuni surga. Dan barangsiapa yang membacanya di malam hari dengan yakin, kemudian Ia meninggal di malam itu, maka Ia juga termasuk penghuni surga." (HR. Bukhari dan An-Nasa'i). Kredit:  rumahberkah

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

Image
Masjid Wilayah Persekutuan, juga dikenali sebagai Masjid Wilayah, adalah sebuah masjid yang megah terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan salah satu mercu tanda agama dan budaya penting di ibu kota tersebut. Dibina antara tahun 1998 dan 2000, masjid ini menonjol dengan seni bina moden dan senibina Islam yang menakjubkan, serta merupakan simbol harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Masjid Wilayah menjadi tempat penting untuk ibadah, aktiviti keagamaan, dan merupakan destinasi menarik untuk lawatan budaya.

DOA ELAK FITNAH DAJAL

Image
Doa ini disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam sepertimana yang disebut di dalam hadith. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah terutamanya fitnah Dajjal. Amin.

SURAH AL MULK

Image
Surah Al Mulk adalah keamanan dan keselamatan, Surah ini dapat meringankan azab di dalam kubur. Ianya amat berguna kepada sesiapa yang ingin memohon kemuliaan di dunia & kerehatan di akhirat kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sangat gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca Surah Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya. Al-Tabarani meriwayatkan daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW bersabda:  “Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk.”   Credit:  Shafiqolbu

EXORA TURBO 2019

Image
Datang dia dalam hidup kami sekeluarga pada tahun 2019. Sehingga ke hari ini, sudah 5 tahun menabur bakti pada kami sekeluarga. Sudah 2 kali tukar OCH. Tiada masalah yang serius. Jalan jauh sekeluarga amat selesa. Syukur pada MU ya Allah. Dan tahun ini, Sept 2023 pembuatan exora telah dihentikan. Tiada lagi pembuatannya pada masa akan datang.   

KUCHING WATER FRONT

Image
Rasa keghairahan yang amat tinggi apabila melangkah ke tepian Sungai Sarawak, panorama menakjubkan langsung menyambut mereka. Deretan lampu-lampu seni yang memantulkan cahaya membingkai bangunan-bangunan kolonial dan bangunan moden di sekitar tepi sungai. Udara sejuk dan angin sepoi-sepoi menyentuh wajah mereka, memberi perasaan selesa dan damai. Cahaya senja yang perlahan-lahan meredup memberikan sentuhan dramatik kepada suasana. Suasana di Kuching Waterfront begitu hidup dengan aktiviti yang beraneka ragam. Ada kenderaan tuk-tuk yang mempersembahkan pemandangan kota dari perspektif yang unik. Tidak lupa juga bot perahu tambang yang memberi pengalaman mengembara menelusuri Sungai Sarawak di waktu malam.

Kepulangan Bonda

Image
Setelah pulang dari Umrah pada tanggal 1 Nov 2023, menetap seketika di Subang Perdana dan 4 hari dirumah aku. Maka hari ini, dengan tidak sabar2 lagi bonda hendak pulang ke rumah dia di Pasir Hor.