KUCHING WATER FRONT
Rasa keghairahan yang amat tinggi apabila melangkah ke tepian Sungai Sarawak, panorama menakjubkan langsung menyambut mereka. Deretan lampu-lampu seni yang memantulkan cahaya membingkai bangunan-bangunan kolonial dan bangunan moden di sekitar tepi sungai. Udara sejuk dan angin sepoi-sepoi menyentuh wajah mereka, memberi perasaan selesa dan damai. Cahaya senja yang perlahan-lahan meredup memberikan sentuhan dramatik kepada suasana. Suasana di Kuching Waterfront begitu hidup dengan aktiviti yang beraneka ragam. Ada kenderaan tuk-tuk yang mempersembahkan pemandangan kota dari perspektif yang unik. Tidak lupa juga bot perahu tambang yang memberi pengalaman mengembara menelusuri Sungai Sarawak di waktu malam.