MASJID SAIDINA HAMZAH

 

Penduduk kariah Kampung Batu Muda sebelum pembinaan Masjid Saidina Hamzah bersolat Jumaat di Surau Ibrahimmiyah. Setelah berkembang pesat dan pertambahan penduduk Kampung Batu Muda, anak-anak kariah merasakan perlu mempunyai sebuah masjid sendiri bagi melaksanakn ibadat dan aktiviti kemasyarakatan. Pada 21 September 1986, Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur telah meluluskan tapak tanah seluas 2.5 ekar untuk pembinaan masjid baru.Pada 16 Ogos 1986 tanah tersebut telah diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan sejumlah RM 7.6 juta diperuntukkan untuk membina masjid ini. Pada awalnya masjid ini dinamakan Masjid Jamek Kampung Batu akan tetapi setelah setahun masjid ini beroperasi JAWI telah membuat penjenamaan semula kepada Masjid Saidina Hamzah.

Comments

Popular posts from this blog

SURAH AL MULK

MASJID KOTA DAMANSARA

MASJID AS SALAM PUCHONG PERDANA