PROTON S70 2023
Selepas pengenalan tiga model SUV sepenuhnya baharu sejak 2018, Proton X70, Proton X50 dan Proton X90, Proton S70 menandakan kembalinya jenama ke pasaran sedan segmen C, meluaskan jumlah model yang dibangunkan bersama Geely kepada empat.
Pembangunan Proton S70 adalah proses komprehensif yang menunjukkan komitmen PROTON terhadap inovasi dan kerjasama rapat dengan ekosistem automotif Malaysia melalui sumber tempatan. Secara keseluruhan, 260,000 jam manusia digunakan oleh jurutera R&D PROTON untuk mereka bentuk dan membangunkan Proton S70.
Seperti mana-mana model baharu, Proton S70 telah menjalani ujian yang ketat oleh jurutera PROTON yang bersama-sama rakan sejawat mereka dari Geely, melalui ujian jalan sejauh 1.2 juta kilometer. Proses ini mencerminkan dedikasi syarikat untuk memberikan sedan yang dibuat dengan teliti kepada pembeli yang kritis.
Sumber: www.proton.com

Comments
Post a Comment