MASJID KOTA DAMANSARA
Masjid Kota Damansara juga dikenali sebagai Masjid Kuning merupakan sebuah masjid kariah yang terletak di kawasan perumahan Kota Damansara , Petaling Jaya , Selangor iaitu sebuah negeri dalam Malaysia . Ianya dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah . Ia dibina pada tahun 15 Disember 2008. Masjid Kota Damansara digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban . Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat dan berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5 . Permohonan memperuntukkan kewangan pembinaan masjid ini dibuat melalui Pejabat Agama Islam Daerah Petaling dan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor . Pada 8 Jun 2004, satu jawatankuasa sementara telah ditubuhkan untuk managerial dan memohon kepada kerajaan negeri Selangor...