Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa yang menghafal 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi, maka ia terlindung dari Dajal.” – HR Muslim, Abu Dawud, An-nasai dan At-tirmidzi
Rasulullah SAW bersabda: ” Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” Ini diceritakan di dalam sebuah hadis di mana An-Nasaie meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesiapa membaca surah al - Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Masjid As-Salam Puchong Perdana ialah sebuah masjid di Puchong , Selangor. Masjid ini yang juga dikenali sebagai 'Masjid Terapung' terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain taman perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan dan Taman Puchong Permai. Masjid As-Salam Puchong Perdana mula digunakan pada 5 Januari 2006.
Comments
Post a Comment