MASJID AR RAHAH

 








Tugasnya membesarkan lima putera sendirian selepas kehilangan suami pada usia muda bukan perkara mudah, namun Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah cekal melunaskan amanah sebagai ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anaknya sehingga mereka menjadi insan berjaya.

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan tidak terhingga ibunda tercinta, anak bongsu Allahyarhamah, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak yang juga bekas Pengerusi CIMB, membina sebuah masjid di Kampung Kerinchi di sini dan mengabadikan nama ibu kesayangannya pada masjid itu yang dikenali Masjid Ar-Rahah.

Pembinaan masjid yang berkonsepkan seni bina Uzbekistan, iaitu banyak menggunakan ukiran motif bunga dan geometri, bermula pada 14 April 2010 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2012, sebelum dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 21 Oktober 2016.

Tun Rahah yang juga ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggal dunia pada usia 87 tahun pada 19 December 2020 di Pusat Perubatan Prince Court di sini, kira-kira 4.45 petang.

Kira-kira 7.50 pagi tadi, jenazah Allahyarhamah Tun Rahah dibawa ke masjid ini untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

Sumber : Berita Harian Online



Comments

Popular posts from this blog

SURAH AL MULK

MASJID KOTA DAMANSARA

MASJID AS SALAM PUCHONG PERDANA